rss
email
twitter
facebook

Monday, November 15, 2010

Setahun sudah

Setahun sudah aku bergelar pelajar universiti yang mempunyai impian untuk memiliki segulung ijazah sarjana muda di salah sebuah universiti terkenal di Malaysia. InsyaAllah lagi tiga tahun tamatlah pelajaranku di sini. Macam-macam perkara telah berlaku semenjak aku di universiti ini. Ada sahaja perkara baik dan buruk, tapi itulah warna-warna kehidupan, org kata dalam kehidupan ini pasti ada "flaws" kalau dalam bahasa inggeris nya. Itulah yang membuatkan kehidupan lebih bermakna.

Di dalam kereta semasa perjalanan pulang ke rumah selepas selasai menjawab peperiksaan akhir semester membuatkan aku merenung kepada masa-masa lampau, kisah-kisah silam ketika aku di universiti selama setahun ini tak perlulah diceritakan kesemuanya kerana terlalu banyak perkara-perkara yang berlaku. Perkara-perkara buruk yang lepas eloklah kita jadikan sempadan, manakala perkara-perkara baik dijadikan teladan. Ada sahaja perkara yang boleh dibanggakan dan ada sahaja perkara yang tidak dibanggakan.

Cukup mengenai perkara-perkara lampau, kehidupan haruslah diteruskan. Aku merasakan diri aku lebih mengutamakan masa hadapan berbanding toleh kebelakang dan sesal terhadap perkara-perkara yang lepas. Orang-orang melayu kata nasi sudah menjadi bubur. Jadi aku teruskan kehidupan dengan pandang kehadapan, sifat ingin tahu apa yang akan terjadi selepas sesuatu sangat tinggi di dalam diri ini. Tetapi, aku bukan lah jenis yang sentiasa "happy go lucky" atau nama lainnya "go with the flow" (macam ayat parkour selalu guna, hehehehe) Sesetengah manusia lebih sukakan "gamble". Tetapi, aku lebih selesa jika aku membuat persedian tentang sesuatu perkara. Membuat perancangan untuk masa hadapan. Mungkin kita tidak dapat seperti apa yang dirancangkan, tetapi sekurang-kurangnya kita mencuba dan bersedia untuk melakukan sesuatu perkara. Perasaan jika dpt mengecapi benda yang dirancang adalah lebih puas berbanding benda yang tidak disangkal.

Aku seorang yang takutkan masa hadapan, walaupun aku tahu kehidupan ini sesuatu yang menyeronokkan, dengan itu aku membuat perancangan awal mengenai masa hadapan. Aku mahukan kehidupan aku di masa depan yang lebih stabil. Ada orang kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Ya, aku akan cuba selagi boleh, selagi hayat dikandung badan. Agi Idup Agi Ngelaban! bak kata orang Sarawak. Ya, aku akan sentiasa berusaha demi masa hadapan aku!!

aku A.C.A.P and peace out~

6 comments:

Afiqah / Cha'a said...

eh, acap. tnye sket, kaw lahir bulan bape ar?

sebab ak perasan, kaw ngn ak agak same personality. ak pnh try nk blaja 'go with the flo' tu tp xle. msti last2 ak plan activities ak. and yep. skng curiousity ak sgt tinggi. ak sgt cepat rse nk blaja itu ini. skng ak decide, ak nk blaja capoeira! isnt it awesome??!!! walawpown kaw ckp bahaya. i'll keep that but, hell. hahahaahah!

keep up with what ur doing. stay awesome!

Anonymous said...

hahahahah!! blaja capoeira mana ada bhye...just not nice to girl...nk kena split itu ini...tp pape pun capoeira mmg best...hehehe...aku lahir 25-11-1990...why2??

Afiqah / Cha'a said...

huhu. yup3. okehh2. tp cmne ni acap. ak degil. hahahaa!!

amboi. DOB tuh. tnye month je. :P hahahhaa!! okeyh3. hurmm.. xde. sje tnye

Anonymous said...

hahahahah!! tp pape pun terserah dkt ko...jgn cedera sane sini sudah...pergh~ aku bce blog ko siap dah wat research pasal capoeira...btw, uia got capoeira class...aku ada sorg kwn yg join capoeira kat situ...

Afiqah / Cha'a said...

hahahaha! mesti ah buat research kecil2an. taw dr mne asalny bnde ni. pe basic movements y kne master sume. video ak dwnload. smngt kn aku? lol. :)

SAPEKAH KWN KAW TUH!!!! AKU MAHU TAW!! (ceh. berlakon smngt je nih) hahahaha

Anonymous said...

hahahaha!! bgus jgk ko wat research...mmber aku tu nme die lokman...hehe...tp maestre die blum ada kat uia lg...diorg training sesama sendiri..